Polis nafi minta sumbangan sedia makanan untuk kawasan PKPD

Mohamad Fakhrudin menegaskan pihaknya tidak memerlukan sebarang sumbangan untuk menyediakan makanan bagi mana-mana kawasan yang dikenakan PKPD di dalam daerah Petaling. Gambar kiri: Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin menegaskan pihaknya tidak memerlukan sebarang sumbangan untuk menyediakan makanan bagi mana-mana kawasan yang dikenakan PKPD di dalam daerah Petaling. Gambar kiri: Mohamad Fakhrudin
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menafikan dakwaan bahawa mereka meminta sumbangan untuk menyediakan makanan buat kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti yang didakwa dalam satu mesej tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan mesej itu sekitar jam 7.41 malam pada Jumaat.

“Mesej itu tular menerusi aplikasi WhatsApp, berkaitan kutipan sumbangan bagi penyediaan makanan harian kawasan PKPD di Flat Gugusan Semarak, Kota Damansara.

“Kami mengesayki terdapat individu atau persatuan yang mengambil kesempatan dengan cuba membuat kutipan sumbangan untuk kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa pihak polis tidak memerlukan sebarang sumbangan untuk menyediakan makanan bagi mana-mana kawasan yang dikenakan PKPD di dalam daerah Petaling.

Menurut Fakhrudin, mesej itu mendakwa, polis Kota Damansara meminta sumbangan bagi menyediakan makanan buat kawasan PKPD tersebut untuk tempoh 10 hari.

“Mesej tular tersebut menyatakan, sumbangan boleh disalurkan ke dalam satu akaun bank Maybank bernombor 5648 0165 7304 di atas penama Bekind Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana individu yang pernah menyalurkan sumbangan ke dalam akaun bank yang dinyatakan supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan: