Wanita warga Singapura positif Covid-19 ditemukan mati

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga Singapura yang disahkan positif Covid-19, ditemukan mati di sebuah rumah di Lorong Serkam, Jalan Bakri, dekat Muar, pada Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar PBK II Noralfatah Omar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.46 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, terdapat seorang wanita, Tan Ah Csee, 80, terperangkap dalam rumah dan anggota bertugas membuka pintu yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas. Kami ambil masa lima minit untuk membukanya.

“Mangsa didapati telah meninggal dunia dan disahkan positif Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

"Jiran mangsa mula menyedari kejadian itu apabila panggilan kepada mangsa tidak berbalas tetapi tidak berani untuk memasuki rumah kerana mangsa positif Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mayat warga emas itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: