Ahmad Faizal dilantik sebagai Penasihat PM bertaraf menteri

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertaraf menteri.
Pengesahan pelantikan itu dibuat Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pejabat itu memaklumkan, Ahmad Faizal bertanggungjawab menasihati Muhyiddin dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosioekonomi.
"Tahniah kepada Ahmad Faizal di atas pelantikan ini," kata kenyataan tersebut.