UMNO Pulau Pinang sokong Ahmad Zahid

Musa Sheikh Fadzir
Musa Sheikh Fadzir
A
A
A

GEORGETOWN - UMNO Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan dan keputusan yang dibuat Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos lalu.

Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, semua pemimpin dan ahli parti setiap peringkat diminta agar menyokong dan akur dengan keputusan yang dibuat Ahmad Zahid itu.

Menurut beliau, keputusan itu merupakan ketetapan yang jelas selain sejajar dengan keputusan yang dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Mac lalu.

"UMNO Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan yang telah dibuat Ahmad Zahid iaitu hasil daripada keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) yang diadakan pada 3 Ogos lalu.

"Oleh itu, saya meminta semua pemimpin menyokong dan akur dengan keputusan presiden itu," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Musa berkata, UMNO Pulau Pinang turut meminta semua kepimpinan parti terus bersama-sama kembali bersatu hati dengan mengutamakan matlamat perjuangan parti daripada kepentingan peribadi.

UMNO menerusi kenyataan pada Selasa mengambil pendirian tidak mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus menyaksikan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kini terbatal.

Ahmad Zahid ketika sidang akhbar berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam MKT yang berlangsung pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Pada hari yang sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan peletakan jawatan sebagai jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan masih kekal walaupun UMNO tarik sokongan

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO cabar panggil segera sidang khas Parlimen