X

Kindly register in order to view this article
!

Sains hantar bantuan bekalan air ke Kuala Nerus

Foto Facebook Pusat Khidmat Pelanggan Sains.
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menghantar sebuah lori tangki berkapasiti 1,200 gelen bagi membantu Syarikat Air Terengganu (Satu) yang menghadapi masalah gangguan bekalan air di Kuala Nerus sejak Isnin.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Sains, Norzita Ismail berkata, dua kakitangan dan sebuah lori tangki bergerak ke Terengganu pada Khamis bagi membantu syarikat tersebut membuat pengagihan bekalan air.

Beliau berkata, pengagihan itu akan dilakukan di sebahagian besar daerah Kuala Nerus berikutan paip air di dasar Sungai Terengganu pecah sehingga menyebabkan penutupan sepenuhnya operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Kepong 2.

“Usaha sama ini selaras dengan memorandum persefahaman antara operator di Malaysia. Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban pengguna di kawasan yang terkesan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Norzita berkata, pelepasan lori tangki itu dilakukan di Pejabat Operasi Sains Jempol pada jam 10 pagi.

Masalah gangguan bekalan air di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sejak Isnin itu membabitkan sebanyak 28,700 akaun yang dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga atau empat hari lagi.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!