Ain Sufia umum hamil di Miss Lawak

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pelawak, Ain Sufia, 32, mengumumkan khabar gembira kini sudah berbadan dua.

Ain Sufia atau Nurul Ain Othman membuat pengumuman tersebut sewaktu sidang media program baharu Astro, Miss Lawak, di Mango's Tropikal Cafe, TREC, Kuala Lumpur.

"Masa uji bakat Miss Lawak belum happy ending lagi, selepas uji bakat saya dah kahwin dah happy ending.

"Sekarang ini pula saya sudah ada line, bukan tiga line tetapi dua line," ujarnya ketika berucap di pentas pengenalan 18 peserta Miss Lawak.

No Image Caption

Terdahulu bintang kelahiran Negeri Sembilan itu selamat diijabkabulkan dengan Mohd Nor Mutalib, 33, 1 Februari lalu.

Program bakal bersiaran bermula 6 Mac depan pada setiap hari Rabu pukul 9 malam di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124) akan dihoskan oleh pengarah, pelakon dan pelawak, Datuk Afdlin Shauki.

Manakala bagi juri tetap akan dinilai oleh artis terkenal Erra Fazira dan Datuk AC Mizal.

Artikel Berkaitan: