Korir kekalkan penguasaan Kenya

Korir (kanan) bersama rakan senegara Rotich selepas acara 800 meter akhir di Stadium Olimpik, Tokyo pada Rabu. FOTO: AFP
Korir (kanan) bersama rakan senegara Rotich selepas acara 800 meter akhir di Stadium Olimpik, Tokyo pada Rabu. FOTO: AFP
A
A
A
PELARI Kenya, Emmanuel Korir mengekalkan penguasaan negara Timur Afrika tersebut dalam acara 800 meter lelaki akhir Sukan Olimpik untuk empat kali berturut-turut apabila merangkul pingat emas di edisi Tokyo 2020.

Korir mengakhiri larian dengan catatan 1:45.06 saat untuk pingat emas diikuti rakan senegara Ferguson Rotich (1:45.23) pingat perak manakala gangsa menjadi milik Poland, Patryk Dobek (1:45.39).

Untuk rekod, dua kali juara dari Kenya, David Rudisha yang berusia 32 tahun tidak dapat mengambil mempertahankan kejuaraannya di Tokyo 2020 selepas mengalami kecederaan.
Artikel Berkaitan: