PM, isteri tonton Ola Bola The Musical 2019

Pengarah dan penerbit teater 'Ola Bola The Musical', Puan Seri Tiara Jacquelina (kiri) menerangkan sesuatu kepada Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebelum bermula teater 'Ola Bola The Musical' di Istana Budaya, hari ini. Foto: Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hadir menyaksikan pementasan Ola Bola the Musical (OBM) 2019, di Istana Budaya di sini, malam ini.

Muzikal yang diarah dan diterbitkan Puan Sri Tiara Jacquelina itu dimainkan kembali, setelah mendapat sambutan hangat semasa dipentaskan buat pertama kalinya tahun lepas.

Ia adalah adaptasi daripada filem pecah panggung 2016, Ola Bola, yang diarahkan Chiu Keng Guan yang mengisahkan cabaran dihadapi pasukan bola sepak negara Harimau Malaya, untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

OBM 2019 dibintangi Brian Chan ('Tauke' Chan Kok Keong), Abimanyu Masilamani (Muthu), Luqman Hafidz (Ali), Hafeez Mikail (Eric Yong) dan Tony Eusoff sebagai jurulatih Harry Mountain.

Ia akan berlangsung sehingga 3 Mac ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: