Henti sebar maklumat palsu: MB Perak

Surat yang tular di media sosial kononnya nama Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di Ipoh telah diberikan nama baharu iaitu Jalan Koo Chong Kong.
Surat yang tular di media sosial kononnya nama Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di Ipoh telah diberikan nama baharu iaitu Jalan Koo Chong Kong.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak menafikan dakwaan yang tular di laman sosial kononnya nama Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di Ipoh telah diberikan nama baharu iaitu Jalan Koo Chong Kong.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, apa sahaja maklumat lain yang disebarkan mengenai pertukaran alamat Pejabat Kesihatan Perak itu adalah berniat jahat bagi menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Kita minta semua pihak untuk berhenti menyebarkan maklumat yang tidak berasas ini bagi mengelakkan keresahan dan kekeliruan kalangan masyarakat.

"Semakan menunjukkan pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasi sekeping surat rasmi daripada Kementerian Kesihatan kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak bertarikh 26 Februari 2019," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, surat tersebut bertujuan untuk memaklumkan bahawa kementerian telah meluluskan permohonan jabatan kesihatan negeri bagi menukar alamat daripada Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab kepada Jalan Koo Chong Kong.

Katanya, langkah ini bertujuan mengemaskini dan menyeragamkan alamat pejabat Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi kemudahan orang ramai dan urusan surat menyurat.

"Ini adalah bersandarkan kepada lokasi pintu masuk utama bangunan Pejabat Kesihatan Negeri Perak dan telah disahkan oleh Jabatan Warisan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

"Malah Bangunan Tabung Haji Negeri Perak yang terletak sebaris dengan bangunan Jabatan Kesihatan Negeri, turut menggunakan alamat Jalan Koo Chong Kong dan bukannya Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab," katanya.

Artikel Berkaitan: