FAMA atasi lambakan durian di Kelantan

Che Abdullah (dua dari kanan) melawat kebun timun milik dua beradik di Kampung Pulai, Chicha Tinggi, Pasir Mas, pada Isnin.
Che Abdullah (dua dari kanan) melawat kebun timun milik dua beradik di Kampung Pulai, Chicha Tinggi, Pasir Mas, pada Isnin.
A
A
A

PASIR MAS - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengatasi lambakan durian di negeri ini dengan memproses raja buah tersebut menjadi pes, kek, tempoyak dan lempuk.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, inisiatif itu bertujuan membantu pemilik kebun durian kampung daripada mengalami kerugian walaupun buah tersebut hanya dibeli dengan harga RM2 sekilogram sahaja.

"MAFI (Kementerian Pertanian dan Industri Makanan) akan memastikan tiada lambakan durian yang boleh menjejaskan pendapatan pekebun," katanya kepada pemberita ketika meninjau lambakan timun yang diusahakan oleh dua beradik di Kampung Pulai, Chicha Tinggi, di sini pada Isnin.

Hadir sama Penasihat Kompleks Pemasaran FAMA, Mohd Arifin Awang dan Pengarah FAMA Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad.

Menurutnya, sebanyak 26 tan metrik raja buah itu telah dibeli oleh FAMA melibatkan seluruh kawasan di negeri ini.

Beliau berkata, kesemua itu akan diproses di Pusat Operasi FAMA di Machang bagi dijadikan sebagai produk makanan.

Che Abdullah berkata, FAMA menganggarkan sebanyak 100 hingga 150 tan metrik produk berasaskan raja buah itu dapat dihasilkan.

"Kita akui pandemik Covid-19 ketika ini menyukarkan pekebun memasarkan raja buah itu. Jadi kerajaan melalui FAMA membantu dengan membeli hasil tanaman itu bagi meringankan beban pekebun," katanya.

Artikel Berkaitan: