Uncle Kentang akan lantik ejen bantu rakyat Semenyih

Kuan Chee Heng
Kuan Chee Heng
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Bebas, Kuan Chee Heng dalam PRK DUN Semenyih mahu memberikan elaun wakil rakyatnya kepada dua individu yang boleh membantunya berkhidmat kepada masyarakat di kawasan itu.

Katanya, sekiranya kalah beliau akan tetap melantik dua ejen untuk membantu rakyat setempat.

"Saya sedang cari dua wakil untuk diberikan elaun saya untuk bertugas selepas PRK. Saya dah buat draf percaturan, kalah atau menang saya akan lantik dua ejen di Semenyih untuk meneruskan (khidmat).

"Ini kerana kempen untuk rakyat bukan hanya masa pilihan raya saja, tetapi selepas itu juga," katanya di Wacana Sinar Harian ke-91 berjudul 'Semenyih Pasca PRK: Janji Untuk Rakyat'.

Beliau yang turut dikenali sebagai Uncle Kentang berkata, politik adalah untuk membantu rakyat, bukan untuk mengubah nasib Yang Berhormat (YB).

"YB asyik tukar jam tangan, kereta dan mungkin tukar isteri tapi rakyat hanya beli (barang) di pasar malam atau bundle," katanya.

Disebabkan itu, katanya, beliau bertanding di PRK DUN Semenyih untuk memperjuangkan nasib golongan yang kurang didengari kerajaan.

"Saya datang Semenyih bukan nak lawan YB tapi nak bersuara demi rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: