Penduduk temui seluar lokap tahanan positif Covid-19

Dua helai seluar dipakai suspek yang melarikan diri ditemui di Kampung Bambangan, Inanam, Kota Kinabalu.
Dua helai seluar dipakai suspek yang melarikan diri ditemui di Kampung Bambangan, Inanam, Kota Kinabalu.
A
A
A

PENAMPANG - Dua helai seluar dipakai suspek yang melarikan dari pusat kuarantin pesakit Covid-19 di Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) ditemui di Kampung Bambangan, Inanam pada pagi Ahad.

Pakaian lokap itu ditemui kira-kira jam 10 pagi oleh penduduk kampung sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, sebaik laporan diterima, sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Katanya, keempat-empat suspek yang melarikan diri itu dipercayai menukar pakaian biasa bagi mengelakkan daripada mudah dikesan pihak berkuasa.

"Dua seluar lokap dipercayai dipakai antara tahanan yang melarikan diri, pagi tadi ditemui di kawasan Kampung Bambangan, Inanam.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi memastikan semua suspek dapat ditahan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, keempat-empat suspek yang disahkan positif Covid-19 dikesan melarikan diri dari ILMAN.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis buru 4 tahanan positif Covid-19 lari dari pusat kuarantin

Artikel Berkaitan:

Empat tahanan termasuk tiga warga asing berusia antara 19 hingga 27 tahun itu sebelum ini ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323/379 akta yang sama.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung semua suspek diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.