Penoreh getah mengaku salah rogol adik ipar OKU

Penoreh getah dipenjara 10 tahun selepas mengaku bersalah merogol adik iparnya di Mahkamah Seksyen Pasir Mas pada Ahad.
Penoreh getah dipenjara 10 tahun selepas mengaku bersalah merogol adik iparnya di Mahkamah Seksyen Pasir Mas pada Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang penoreh getah dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas di sini pada Ahad, selepas mengaku bersalah merogol adik iparnya yang juga orang kurang upaya (OKU) mental pada 2018 dan Julai tahun ini.

Hakim Badrul Munir Mohd Hamdi menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia 54 tahun mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun selain dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol mangsa yang ketika itu mangsa berusia 15 tahun di sebuah rumah di Tanah Merah pada Oktober 2018.

Bagi tiga pertuduhan lain, dia didakwa merogol mangsa yang kini berusia 18 tahun secara berturut-turut di kawasan semak berhampiran sebuah rumah di Tanah Merah di sini pada tiga tarikh berlainan, Julai tahun ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dengan mengambil kira hubungan tertuduh dan mangsa bagi mengelakkan berlakunya sebarang gangguan selepas ini.

Tertuduh juga tidak diwakili peguam bela dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak mahkamah untuk menentukan rayuan jaminan.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini sebagai tarikh untuk jatuhkan hukuman.

Artikel Berkaitan: