X

Kindly register in order to view this article
!

Tukang rumah mengaku salah miliki ekor pari

Ekor ikan pari yang ditemui di dalam poket seluar tertuduh.
A
A

PASIR MAS - Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas di sini, atas pertuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu ekor pari pada 26 Julai lalu.

Abdul Hallim Samsuddin, 26, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 iaitu penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan.

Pengakuan berkenaan dibuat di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdi dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar.

Menurut fakta kes, pada 26 Julai lalu, jam 2 petang, satu serbuan dilakukan di belakang bengkel lori di Kampung Sat, Tanah Merah.

Sebuah kenderaan juga ditemui di belakang bengkel berkenaan yang didakwa dinaiki Abdul Hallim dan seorang individu lain.

Setelah menyedari kehadiran polis, tertuduh didakwa melarikan diri ke kawasan semak berhampiran tepi Sungai Kelantan, namun berjaya diberkas di lokasi berkenaan.

Pemeriksaan awal di badan tertuduh menemui satu ekor pari sepanjang 114 sentimeter di dalam poket seluarnya dan tertuduh juga gagal mengemukakan maksud yang sah kenapa dia memiliki senjata tersebut di lokasi yang juga tempat awam.

Ekor pari merupakan satu senjata berbahaya yang mana jika digunakan akan menyebabkan kecederaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!