Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah premis di Lorong Ceylon, Bukit Bintang awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi,Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira jam 4.15 pagi.

Menurut beliau, maklumat diterima anggota polis bertugas di Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi memaklumkan seorang mayat lelaki ditemui terbaring di atas katil di premis berkenaan.

"Mangsa berumur 28 tahun itu dipercayai telah dibunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: