Aktiviti memancing punca kebakaran hutan

Kebakaran itu mengakibatkan pencemaran udara. (gambar kecil: Nor Ariffin)
Kebakaran itu mengakibatkan pencemaran udara. (gambar kecil: Nor Ariffin)
A
A
A

KUANTAN - Pembakaran yang dibuat ketika aktiviti memancing dikenal pasti sebagai punca utama kebakaran yang berlaku di kawasan Perindustrian Gebeng di sini.

Ketua Zon I, JBPM Pahang, Nor Ariffin Kamari berkata, selain itu faktor cuaca kering dan angin kencang monsun Timur Laut menyebabkan kebakaran semakin cepat merebak.

Menurutnya kebakaran itu mengakibatkan pencemaran udara, jarak penglihatan yang terhad akibat asap tebal serta menyebabkan pedih mata.

"Angin kencang menyebabkan api telah merebak sehingga ke tepi jalan Qinzhou. Justeru kita mengingatkan orang ramai mengambil langkah berjaga jaga ketika melalui jalan berhampiran kawasan kebakaran.

"Ini kerana jarak penglihatan yang terhad akibat asap tebal boleh mengganggu pemanduan selain menyesakkan pernafasan dan memedihkan mata," katanya ketika ditemui di lokasi.

Beliau berkata, terdapat beberapa kawasan hutan tanah gambut di lokasi tersebut dengan keluasan tertentu dan kawasan terbakar yang mula-mula berlaku adalah pada Isnin lalu dan sehingga kini telah melibatkan 150 ekar daripada 250 ekar keseluruhan.

Pada masa ini JBPM telah menambah bilangan anggota kepada 44 termasuk pihak industri Gebeng Emergency Mutual Aid.

Artikel Berkaitan: