PGA gagalkan cubaan seludup cecair, pod vape ke Thailand

Cubaan menyeludup 1,350 unit cecair vape dan 1,450 pod vape bernilai RM222,000 ke Thailand gagal susulan serbuan oleh Batalion 9 PGA Kuala Terengganu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang pada Khamis
Cubaan menyeludup 1,350 unit cecair vape dan 1,450 pod vape bernilai RM222,000 ke Thailand gagal susulan serbuan oleh Batalion 9 PGA Kuala Terengganu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Limau Purut, Rantau Panjang pada Khamis
A
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu berjaya mematahkan cubaan menyeludup 1,350 unit cecair dan 1,450 pod vape bernilai RM222,000 ke Thailand dalam serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Limau Purut, di sini pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, rampasan jam 2.30 pagi itu adalah hasil maklumat risikan berkait dengan aktiviti menyeludup barangan tersebut.

"Pemeriksaan di dalam rumah yang tidak berpenghuni itu telah menjumpai 1,350 unit cecair vape bernilai RM135,000.

"Turut ditemui dalam rumah tersebut ialah 1,450 'pod vape' yang dianggarkan bernilai RM87,000," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati rumah tersebut dijadikan sebagai transit sementara sebelum barangan itu diseludup ke Thailand.

Menurutnya, kesemua barangan itu diseludup melalui pangkalan haram yang terletak berhampiran dengan kawasan tersebut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 13 (A) Akta Racun 1952. Kesemua barangan rampasan itu akan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Nor Azizan berkata, PGA tidak menolak menungkinan permintaan tinggi di Thailand menjadi punca kepada aktiviti penyeludupan barangan tersebut.

Artikel Berkaitan: