ADUN Johor Lama dakwa imej terjejas

Rosleli menunjukan laporan polis dan Facebook yang didakwa telah memanipulasikan ucapannya.
Rosleli menunjukan laporan polis dan Facebook yang didakwa telah memanipulasikan ucapannya.
A
A
A

KOTA TINGGI - ADUN Johor Lama membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi hari ini (semalam) susulan komen tidak baik yang dimuat naik di Facebook yang didakwanya telah mencemarkan imejnya selaku wakil rakyat.

ADUN berkenaan, Rosleli Jahari berkata, akaun Facebook atas nama Johor Press didakwa telah memanipulasi ucapannya dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan pengundi.

Katanya, ucapan berkenaan pada Disember tahun lalu ketika beliau sebagai wakil rakyat kawasan Johor Lama berucap membahaskan ucapan pembentangan bajet 2019 oleh Menteri Besar Johor di Dewan Undangan Negeri Nusajaya.

"Isnin lalu ketika berada di Pejabat ADUN, pekerja saya memaklumkan terdapat komen yang tidak baik berkaitan ucapan saya semasa membahaskan ucapan pembentangan bajet 2019 itu.

"Antara komen dari akaun Facebook berkenaan yang jelas menghina saya adalah menyatakan bahawa saya tidak mengharapkan sokongan pengundi UMNO tetapi kemenangan saya adalah kerana sokongan saudara mara saya.

"Komen di akaun berkenaan kemudian telah disebarkan dan di dalam komen-komen yang terdapat di laman Facebook pengguna jelas menunjukkan ada rasa marah, kebencian dan rasa tidak puas hati dari pengundi saya di kawasan DUN Johor Lama terhadap diri saya," katanya ketika ditemui, hari ini (semalam).

Tambahnya, ada juga diantara netizen telah mengeluarkan komen-komen lucah terhadap dirinya.

Katanya, beliau percaya kenyataan berkenaan adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat DUN Johor Lama di mata pengundi.

Artikel Berkaitan:

Dakwanya, komen berkenaan juga dilihat berniat jahat bagi menghasut pengundi DUN berkenaan supaya membencinya.

Jelasnya, oleh demikian beliau membuat laporan polis di mana tujuannya adalah untuk mengambil tindakan lanjut di mahkamah dan pihak berkuasa.