Jep halang Rahim dari pulang awal

- Foto Instagram Jep Sepahtu dan Lily Khay
- Foto Instagram Jep Sepahtu dan Lily Khay
A
A
A

PELAWAK dan juga penyampai radio, Jep Sepahtu baru-baru ini bergurau bersama gandingannya Rahim Sepahtu dengan tujuan menghalang pelawak itu pulang awal.

Menerusi sebuah entri yang dikongsikan di Instagram (IG), Jep dilihat dengan sengaja meletakkan kenderaannya bersebelahan kereta Rahim dalam keadaan yang sangat rapat sehingga tiada ruang langsung untuk membolehkan pelawak memasuki kenderaannya.

Menurut Jep, dia sengaja melakukan hal sedemikian supaya Rahim tidak dapat pulang awal selepas tamat tugasan mereka sebagai penyampai radio pagi di Sinar FM.

“Kalau aku tak balik jangan harap kau boleh balik,” tulisnya.

Menariknya, entri tersebut turut menarik perhatian isteri kepada Rahim iaitu Lily Khay.

“Kalau ya pun Rahim dah susut banyak, belum muat lagi kut tu Jep. Budak bertuah dengan aku sekali lapar la ni tunggu laki balik makan tengah hari,” balasnya.

Lantas, entri lucu tersebut telah menerima lebih 173,000 tanda suka setakat ini malah turut dihujani komen daripada netizen yang terhibur melihat telatah dua sahabat itu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Rahim Rahim.... panggil kereta penunda ubah kereta Jep," tulis ibrahimabam123

"Boleh masuk lagi itu... Tapi kena buka bonet, lalu dari belakang," tulis khairul_the_lorex.

"Semoga persahabatan abang @jepsepahtu dan abang @rahimr2 kekal sampai ke jannah," tulis cik_ili

"Setiap kali tengok sepahtu, aku tengok @jepsepahtu dan @rahimr2 macam bergaduh betul," tulis applewhite1108

"Hari itu angah kena, ini Rahim pulak ha ha ha," tulis mramerfaizal.

Selain itu, peminat juga turut gembira melihat kejayaan pelawak-pelawak sekarang dengan kehidupan mereka berbanding dahulu.

"Bertuahnya pelawak-pelawak sekarangkan... Rezeki mencurah-curah... Berbeza dengan pelawak-pelawak terdahulu kehidupan mereka biasa-biasa sahaja... Tahniah dan Alhamdulillah, moga kalian terus maju dan dihargai oleh rakyat Malaysia," tulis qasihsuhaili.