X

Kindly register in order to view this article
!

Video tular dua lelaki gelang 'pink' bonceng motor, rupanya...

Tangkap layar video dua lelaki memakai gelang merah jambu menunggang dan membonceng sebuah motosikal di tempat awam yang tular di media sosial pada Selasa.
A
A

PENDANG - Video dua lelaki memakai gelang merah jambu menunggang dan membonceng sebuah motosikal di tempat awam yang tular di media sosial sebenarnya baru selesai menjalani ujian saringan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, pihaknya membuat siasatan selepas mengesan video dimuat naik satu hantaran di Facebook sekitar jam 5 petang Selasa.

Arriz Sham berkata, video berdurasi 22 saat itu memapar dua individu terbabit sedang menunggang dan membonceng motosikal dengan memakai gelang pengawasan merah jambu di tempat awam.

"Siasatan mendapati, penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan adalah kontak rapat kes positif Covid-19 dan diarah oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pendang untuk hadir jalani ujian Covid-19 pada hari tersebut.

"Dua individu terbabit dipakaikan gelang merah jambu untuk kuarantin kendiri selepas selesai menjalani ujian saringan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, video itu dirakam ketika dua individu berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah untuk kuarantin kendiri.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!