X

Kindly register in order to view this article
!

Sultan Sharafuddin dukacita pegawai kerajaan Selangor terlibat rasuah

Sultan Sharafuddin
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila mengetahui terdapat beberapa pegawai kerajaan di Selangor terlibat kegiatan rasuah yang boleh meruntuhkan imej pentadbiran dan nama baik seluruh pegawai kerajaan di negeri tersebut.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, baginda menegaskan sesiapa pegawai kerajaan di Selangor didapati bersalah terlibat dalam aktiviti rasuah atau pecah amanah hendaklah dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.

Menurut beliau, Sultan Sharafuddin bertitah, mana-mana pegawai kerajaan dan ahli politik yang dikurniakan darjah dan bintang kebesaran serta pingat negeri Selangor dan didapati melakukan kesalahan rasuah, maka kurniaan tersebut akan ditarik balik.

"Sultan Selangor menzahirkan penghargaan baginda kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah melaksanakan tanggungjawab menyiasat dan memastikan aktiviti rasuah dapat dibanteras," katanya dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook Selangor Royal Office pada Rabu.

Tambah Mohamad Munir, Sultan Selangor turut berkenan menggesa pihak SPRM terus menjalankan penyiasatan secara telus dan teliti serta mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan mereka yang melakukan rasuah tidak terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya.

"Baginda mengingatkan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa ini adalah satu gejala yang boleh merosakkan masyarakat serta menjatuhkan negara," kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!