[VIDEO] Bandar raya China dilanda ribut pasir
BEIJING - Satu rakaman video menunjukkan bandar raya Dunhuang, China hilang di balik kepulan debu setinggi lebih 91 meter yang datang dari arah Gurun Gobi pada Ahad.
Rakaman itu dilakukan seorang penduduk yang berkongsi video berkenaan menerusi Twitter.
Dalam rakaman tersebut, bandar raya berkenaan hilang ketika ribut debu itu bergerak perlahan-lahan ke arah Dunhuang.
Polis terpaksa menutup jalan-jalan utama dan meminta pengguna-pengguna jalan raya ke kawasan perkhidmatan selepas jarak penglihatan terbatas kurang enam meter.
Akhbar South China Morning Post melaporkan, ribut itu melanda pada kira-kira jam 3 petang waktu tempatan.
Dunhuang dikenali mempunyai cuaca yang berdebu.
Pada Jun lalu, penduduk di bandar raya Hotan di barat China pernah mengalami masalah seperti itu. - Agensi
Perancis pertimbang sekatan baharu ke atas peneroka haram Israel
26 April 2024 04:26pmArab Saudi bakal ada calon Miss Universe?
26 April 2024 03:30pmSuhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
26 April 2024 08:22amKedai serbaneka 'tutup bila kiamat, tapi masih buka setengah hari'
26 April 2024 08:16am'Saya mohon maaf kepada keluarga mangsa, anggota tentera' - Saifuddin Shafik
26 April 2024 01:49pm[VIDEO] Hantaran jelik hina kru TLDM terkorban, Saifuddin Shafik didenda RM23,000
26 April 2024 01:08pmIndonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
26 April 2024 06:57amAkaun 3 KWSP untuk kecemasan, bukan beli telefon bimbit, sport rim mewah
26 April 2024 08:00am