X

Kindly register in order to view this article
!

Beras seludup lebih 5 tan dirampas

Rumah bernombor dibiarkan tidak berkunci dan dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan beras seludup di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah.
A
A

TANAH MERAH - Sebanyak 2,590 kilogram beras pelbagai jenis bernilai RM10,360 ditemui Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu dalam dua buah kenderaan di Kampung Lalang Pepuyu di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 9 PGA Kuala Terengganu, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, ketika membuat rondaan sekitar jam 7 pagi itu, pihaknya mendapati dua buah kenderaan yang diletakkan di hadapan sebuah rumah berada dalam keadaan mencurigakan.

“Kediaman tersebut dipercayai menjadi lokasi penyimpanan beras. Anggota terlibat membuat pemeriksaan terhadap kedua-dua kenderaan itu dan mendapati ia membawa muatan guni-guni putih berisi pelbagai jenis beras disyaki diseludup dari negara jiran iaitu Thailand,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, selepas menunggu selama 30 minit dan tiada individu yang datang menuntut, pihaknya membawa kedua-dua kenderaan berkenaan ke Markas Taktikal Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA), Lubok Setol di Pasir Mas untuk pemeriksaan lanjut.

Antara beras yang ditemui dalam serbuan di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada Isnin.
Antara beras yang ditemui dalam serbuan di Kampung Lalang Pepuyu, Tanah Merah pada Isnin.

Sementara itu, beliau berkata, dalam serbuan kedua di kawasan sama pada jam 11 pagi, sebanyak 2,591 kilogram beras pelbagai jenama bernilai RM10,364 ditemui di sebuah rumah tidak bernombor yang juga disyaki menjadi tempat penyimpanan beras seludup.

Menurutnya, serbuan dalam rumah tidak berpenghuni dan tidak dikunci itu turut menemui beras pulut sebanyak 500 kilogram dianggarkan bernilai RM3,500.

“Kesemua beras tersebut dipercayai untuk pasaran sekitar Kelantan dan Terengganu kerana permintaan tinggi daripada pengguna.

“Jumlah keseluruhan rampasan bagi kedua-dua kes ialah sebanyak 5,181 kilogram beras bernilai RM20,724 manakala 500 kilogram beras pulut pula bernilai RM3,500.

“Kesemua rampasan diserahkan kepada pihak kawal selia padi Kelantan untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalselia Padi Dan Beras 1994,” jelas beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!