X

Kindly register in order to view this article
!

MyCC pantau harga perkhidmatan penghantar makanan

MyCC pantau harga perkhidmatan penghantar makanan. Foto hiasan.
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengadakan sesi libat urus secara aktif dengan pihak berkepentingan yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berikutan aduan awam mengenai syarikat platform perkhidmatan penghantaran makanan mengenakan caj komisen dan harga makanan serta minuman yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, suruhanjaya itu juga memantau dan menilai situasi sama ada tindakan oleh beberapa syarikat perkhidmatan penghantaran makanan itu bertentangan dengan Akta Persaingan 2010 atau tidak.

“MyCC bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah bertemu dengan pihak-pihak berkaitan termasuk pemain industri runcit serta makanan dan minuman (F&B) bagi memahami isu dibangkitkan mereka.

“Berdasarkan beberapa siri pertemuan yang diadakan, kami mengenal pasti beberapa kebimbangan dan cabaran dalam industri yang berkaitan dengan bukan hanya persaingan tetapi juga kepenggunaan.

"Jalan penyelesaiannya adalah terlibat secara aktif dengan penyedia platform penghantaran makanan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, MyCC memandang serius setiap sudut dari perspektif Akta Persaingan 2020, khususnya mengenai tindakan syarikat platform penghantaran makanan terhadap pemain industri F&B, penghantar dan pengguna, dan sama ada ia menimbulkan sebarang isu persaingan.

“Tindakan boleh diambil terhadap kumpulan pemain utama yang menyalahgunakan kedudukan dominan mereka secara kolektif,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!