Protes doktor kontrak di Sabah kurang sambutan

Dua wanita dipercayai pegawai perubatan berstatus kontrak hadir membawa plakad di pekarangan Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu pada Isnin.
Dua wanita dipercayai pegawai perubatan berstatus kontrak hadir membawa plakad di pekarangan Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu pada Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Hanya dua individu hadir pada Hartal Doktor Kontrak yang diadakan di Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), di sini setakat jam 12.30 tengah hari Isnin.

Dua wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai pegawai perubatan bergerak dari lobi utama hospital dan menuju ke tempat parkir kenderaan sambil membawa plakad bertulis 'hkontrak' dan 'we are your future specialists'.

Kehadiran dua wanita itu hanya disedari petugas media pada jam 11.52 pagi selepas lebih sejam berkumpul di pekarangan HQE1.

Ketika ditanya pemberita berhubung kehadiran mereka adakah disusuli rakan yang lain, kedua-dua wanita itu menyatakan tidak pasti namun sehingga jam 12.30 tengah hari, tiada sebarang perhimpunan dibuat di hospital berkenaan.

Hartal Doktor Kontrak dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi Isnin membabitkan 24 hospital di seluruh negara termasuk di Sabah iaitu HQE1 dan Hospital Tawau sebagai protes kepada kerajaan berhubung tuntutan mereka sebelum ini.

Sementara itu, di Hospital Tawau difahamkan tiada sebarang perhimpunan diadakan oleh doktor-doktor kontrak sejak jam 11 pagi.

Difahamkan terdapat lebih 200 doktor kontrak di Hospital Tawau.

Artikel Berkaitan: