Long Tiger akan didakwa esok

Ayob Khan
Ayob Khan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lelaki Rohingya dikenali sebagai Long Tiger akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak pada Ahad.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Timbalan Pendakwa Raya bersetuju untuk melakukan pendakwaan kes itu selepas meneliti kertas siasatan.

"Long Tiger akan didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak pada esok mengikut dua pertuduhan iaitu Seksyen506 (mengugut) dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan (kurungan yang salah)," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor di sini pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:Long Tiger ditahan kes kurung bekas pekerja

Sinar Harian pada 14 Julai lalu melaporkan Long Tiger sudah ditahan polis dalam satu serbuan di Muar kira-kira jam 9.45 malam pada 12 Julai kerana dipercayai terlibat dalam kes mengurung bekas pekerjanya.

Long Tiger direman selama empat hari bermula 13 Julai lalu dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: