X

Kindly register in order to view this article
!

Maritim tahan kapal berlabuh secara haram

Kapal tangki berlabuh secara haram di perairan Johor Timur ditahan pada Jumaat.
A
A

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor menerusi Operasi Jangkar Haram telah menahan sebuah kapal tangki yang disyaki bersauh secara haram di perairan Johor Timur pada Jumaat.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal tangki yang berdaftar dari Panama itu telah ditahan pada jam 12.30 tengah hari di kedudukan 14.6 batu nautika timur laut Tanjung Kelesa, Johor.

Menurut beliau, penahanan dilakukan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan penguatkuasaan di perairan Johor Timur.

"Kapal tangki itu dikendalikan sembilan kru warga Indonesia berusia antara 24 hingga 49 tahun serta mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurut Nurul Hizam, kapal bersama kesemua kru telah ditahan dan akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Cuaca ribut dan angin kencang yang berlaku semalam turut dirasai oleh anggota bot ronda Maritim Malaysia yang dalam perjalanan membawa nakhoda kapal tangki terbabit ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi siasatan lanjut.

"Sebarang salah laku jenayah maritim di laut atau sebarang kecemasan di laut, orang ramai diminta segera hubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Johor di talian (07-219 9404) atau talian kecemasan MERS 999," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!