Mei Kuan, Men Yean tempah laluan berliku

Mei Kuan dan Meng Yean tempah laluan berliku dalam acara badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tewas straight set 14-21, 17-21 kepada beregu Indonesia, Grysia Polii dan Apriyani Rahayu pada aksi sulung Kumpulan A, di Mushashino Sports Plaza, pagi tadi.

A
A
A

BEREGU wanita negara, Chow Mei Kuan dan Lee Men Yean menempah laluan berliku dalam acara badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila tewas straight set 14-21, 17-21 kepada beregu Indonesia, Grysia Polii dan Apriyani Rahayu pada aksi sulung Kumpulan A, di Mushashino Sports Plaza, pagi tadi.

Biarpun memberikan tentangan sengit, namun Mei Kuan dan Men Yean dilihat banyak melakukan kesilapan di kedua-dua set sehingga mudah memberikan mata kepada gandingan beregu rangking keenam dunia itu.

Kekalahan itu menyaksikan gandingan beregu ranking kesebelasan dunia itu tidak mempunyai pilihan selain perlu menewaskan beregu tuan rumah yang juga beregu nombor satu dunia ketika ini, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota, pada Ahad bagi menghidupkan peluang ke peringkat suku akhir kelak.

Artikel Berkaitan: