X

Kindly register in order to view this article
!

Ekonomi Malaysia dijangka pulih bermula 2022

Tengku Zafrul
A
A

KUALA LUMPUR - Pemulihan ekonomi negara ekoran kesan pandemik Covid-19 dijangka akan bermula pada tahun depan, 2022.

Bagaimanapun menurut Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia juga bergantung kepada keberkesanan Pelan Pemulihan Negara dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Walaupun ada yang membandingkan dengan krisis ekonomi 1997, namun kata Tengku Zafrul harus diingat, apa yang dihadapi negara dan seluruh dunia ini bukan krisis yang biasa.

“Berdasarkan pandangan institusi antarabangsa seperti Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pemulihan ini dijangka tidak sekata antara negara,” jelasnya.

Menurut beliau, ada negara yang pulih lebih cepat daripada yang lain, contohnya negara-negara maju seperti Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang mencapai tahap pendapatan per kapita seperti waktu pra-pandemik hanya dalam tempoh 18 bulan sejak wabak dahsyat ini melanda negara mereka.

Katanya, majoriti negara-negera Eropah dijangka mengambil masa tiga tahun, manakala di Mexico dan Afrika Selatan pula memerlukan masa antara tiga hingga lima tahun.

“Bagi Malaysia, negara dijangka akan mula kembali ke tahap pra-pandemik insya-Allah pada tahun 2022.

“Ini juga berdasarkan keberkesanan Pelan Pemulihan Negara dan juga program vaksinasi yang terus dipergiatkan juga Belanjawan 2022 yang akan turut dilengkapi dengan Rancangan Malaysia ke-12,” tambahya. - Awani

Ekonomi Malaysia dijangka pulih bermula 2022 - Tengku Zafrul


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!