Empat sahabat lepas gian hisap dadah diberkas

Abd Khalid
Abd Khalid
A
A
A

SUBANG JAYA - Empat sahabat yang asyik melepaskan gian menagih dadah di sebuah unit pangsapuri di Taman Subang Mewah di sini ditahan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kesemua lelaki berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan pada jam 1.20 petang.

"Sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) yang menjalankan tugas rondaan pergi ke lokasi kejadian setelah menerima aduan daripada orang awam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Abd Khalid berkata, ketika anggota polis tiba di lokasi mendapati empat suspek sedang leka menghisap dadah di rumah berkenaan.

"Polis merampas beberapa paket plastik lut sinar berisi serbuk disyaki dadah," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya untuk tindakan lanjut.

"Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah manakala dua daripadanya pula mempunyai rekod kes jenayah.

"Kesemua suspek direman empat hari bermula Jumaat hingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: