X

Kindly register in order to view this article
!

Pengasas bersama Google sembunyi di kepulauan Fiji

Inilah pulau Tavarua yang berbentuk seperti hati. - Foto Alamy Stock Photo (Gambar kanan) LARRY PAGE - Foto Getty Images
A
A

SUVA - Pengasas bersama Google, Larry Page dilaporkan menghabiskan masa ketika pandemik Covid-19 yang belum berakhir dengan bersembunyi di sebuah pulau tropika di Fiji.

Bilionair itu dikatakan tinggal di Pulau Tavarua yang berbentuk seperti hati manusia di barat Fiji.

Page, 48, dilaporkan mendapat kebenaran untuk memasuki pulau berkenaan menerusi sistem Laluan Biru yang dikhaskan untuk golongan kaya-raya sahaja.

Beliau yang mempunyai kekayaan dianggarkan AS$117 bilion (RM494.50 bilion) dilaporkan membawa isteri dan rombongannya ke pulau tersebut.

Menurut laporan media, pihak berkuasa Fiji telah membantu Page bagi memastikan kehadirannya di pulau tersebut disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.

Beliau didakwa telah menghabiskan masa selama beberapa bulan di Fiji dan khabar angin menyatakan Page pernah membeli sebuah pulau lain di Kepulauan Mamanuca, kata sumber kepada portal berita Insider.

Menurut Insider, Page menaiki sebuah pesawat dari Hawaii, Amerika Syarikat (AS) ke Lapangan Terbang antarabangsa Nadi, Fiji.

Beliau diberikan pelbagai barangan perubatan antaranya ialah pelitup muka dan sarung tangan sebelum memasuki pulau tersebut. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!