RM800 satu dos?

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat mengenai laporan sindiket penjualan vaksin.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat mengenai laporan sindiket penjualan vaksin.
A
A
A

AWANG sebetulnya terkejut dengan pendedahan akhbar ini bahawa ada pihak jual vaksin dengan harga RM200 hingga RM800 satu dos.

Ini bukan jual 'pasar gelap’ tapi di 'pasar terang’ di pusat pemberian vaksin (PPV).

Menurut akhbar ini, caranya adalah dengan menukar nama penerima dalam sistem pendaftaran atau ambil kesempatan daripada mereka yang tidak hadir pada hari janji temu.

Hal ini boleh dibuat dengan kerjasama banyak pihak. Mesti ada dalang atau kaitan yang kuat dari dalam. Mereka tahu di mana kelemahan sistem.

Awang jadi takut dengar cerita aduan sesetengah orang yang disuntik dengan picagari kosong. Maknanya jarum suntikan itu tidak ada vaksin. Agaknya vaksin itu juga dijual oleh kumpulan ini.

Awang jadi pelik apabila menteri berkenaan kata kalau ada yang disuntik dengan picagari kosong, boleh minta suntikan lain.

Soalan Awang, bagaimana kita tahu picagari itu kosong atau tidak. Timbalan menterinya pula kata kemungkinan petugas terlalu letih punca orang disuntik picagari kosong.

Manalah rakyat tak pening kepala dengan kenyataan semacam itu. Terbaharu, ada berita bahawa 14 juta dos vaksin Sinovac akan dijual pada sesiapa yang nak beli termasuk kerajaan negeri dan individu.

Artikel Berkaitan:

Sudah habiskah divaksin warga emas, guru-guru dan lain-lain? Sudah terlebih vaksinkah sekarang? Atau ada masalahkah vaksin dari China itu? Siapa yang jual? Siapa yang untung?