X

Kindly register in order to view this article
!

Warga emas cedera ditampar penghulu

PDRM
A
A

KOTA BHARU - Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang lelaki warga emas yang mendakwa ditampar seorang penghulu di sebuah kampung di sini pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, laporan diterima pada petang hari sama dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.

Difahamkan warga emas berusia 58 tahun itu dipercayai ditampar penghulu berkenaan di sebuah kedai runcit pada kira-kira jam 11.30 pagi.

Penghulu berkenaan didakwa menampar pipi dan menepuk-nepuk dahi mangsa kerana didakwa menyebarkan fitnah berkaitan cek pemberian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang dikatakan 'cek kosong'.

Sebelum itu, tular melalui media sosial video berdurasi 12 minit memaparkan pergaduhan mulut dipercayai antara mangsa dengan penghulu terbabit. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!