Dakwaan boleh 'walk-in' terima vaksin di Negeri Sembilan palsu

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

SEREMBAN - Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Negeri Sembilan menafikan dakwaan membenarkan pemberian vaksin secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini.

Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar, S Veerapan berkata, pihaknya melalui CITF telah menerima aduan awam berkenaan satu hantaran di sebuah laman Facebook menyatakan pada 1 Ogos ini orang ramai boleh walk-in untuk mendapatkan vaksin.

Katanya, CITF Negeri Sembilan ingin menegaskan bahawa maklumat yang dimuatkan di dalam laman Facebook terbabit tidak benar.

"CITF Negeri Sembilan tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau membenarkan walk in di mana-mana PPV awam dan swasta yang sedang beroperasi di negeri ini.