Sultan Perak terima Anugerah Darjah Kerabat Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada Istiadat Mempersembahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DK1) di Istana Perak, Changkat Persekutuan hari ini.- Foto Bernama

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K. 1) kepada DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Memetik posting terbaharu dalam akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, majlis tersebut berlangsung di Istana Perak, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut berangkat sama ialah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

DYMM Sultan Nazrin Shah, 62, dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada tahun 2014.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Dato' Noh Gadut, sebelum diikuti majlis penganugerahan D.K. 1 oleh Sultan Ibrahim.

Selepas selesai majlis penganugerahan, baginda berdua berangkat ke majlis santapan sebelum diikuti sesi bergambar.

Hadir sama dalam istiadat tersebut ialah Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Yang Dipertua Majlis Jumaah DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Antara pemimpin Perak yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin.

Artikel Berkaitan: