X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Kenangan manis disuntik Timbalan Menteri Kesihatan

Dr Noor Azmi membantu menyuntik vaksin ke atas Johari ketika melawat PPV Sungai Siput di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) pada Rabu.
A
A

SUNGAI SIPUT - Pengalaman disuntik vaksin oleh Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali sesuatu yang tidak dapat dilupakan seorang penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sungai Siput di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) di sini pada Rabu.

Johari Abdul Halim, 53, berkata, dia agak teruja apabila terpilih menerima vaksin di tangan Dr Noor Azmi yang hadir ke PPV itu.

Menurutnya, selain mendapat vaksin setelah menunggu giliran beberapa bulan dia juga menerima layanan 'istimewa'.

"Tak sangka pula Timbalan Menteri yang nak suntik vaksin itu pada saya. Ia memang pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang hidup saya.

"Ini kenangan yang paling manis dalam hidup saya. Masa cucuk memang tak rasa apa-apa," katanya kepada pemberita selepas ditemui di PPV Sungai Siput, Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) di sini pada Rabu.

Johari berkata, dia bersama beberapa individu hadir di situ memenuhi janji temu diterimanya untuk mengambil vaksin.

Dr Noor Azmi sebelum itu mengadakan lawatan dan beramah mesra dengan petugas di PPV tersebut.

Hadir sama pada lawatan itu, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!