Warga emas meninggal dunia dalam bilik air

Anggota bomba berpakaian pelindung diri (PPE) berjaya membuka pintu rumah yang berkunci sebelum menemui mangsa di bilik air rumahnya di Bukit Punggur, Alai, Melaka pada Rabu. Warga emas ditemui meninggal dunia di bilik air rumahnya di Bukit Punggur, Alai, Melaka pada Rabu.
Anggota bomba berpakaian pelindung diri (PPE) berjaya membuka pintu rumah yang berkunci sebelum menemui mangsa di bilik air rumahnya di Bukit Punggur, Alai, Melaka pada Rabu. Warga emas ditemui meninggal dunia di bilik air rumahnya di Bukit Punggur, Alai, Melaka pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Seorang warga emas ditemui sudah meninggal dunia di dalam bilik air sebuah rumah di Bukit Punggur, Alai, di sini pada Rabu.

Difahamkan suami dan anak mangsa disahkan positif Covid-19 dan dibawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin.

Anak saudaranya, Norazlina Md Daut, 45, berkata, sejak salah seorang anak ibu saudaranya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka beberapa hari lalu, dia kerap menghubungi ibu saudaranya itu namun sejak jam 11 pagi Selasa dia gagal menghubunginya.

Menurutnya, disebabkan rasa bimbang, dia kemudiannya ke rumah ibu saudaranya pada pagi Rabu, bagaimanapun pintu rumah berkunci lalu dia menghubungi talian kecemasan.

"Sebelum itu mak ada tengok di bilik tidur melalui tingkap tapi ibu saudara tidak ada, sedih bila bomba menemui ibu saudara saya di dalam bilik air.

"Jenazah ibu saudara saya dibawa ke Jabatan Forensik sebelum dituntut seorang lagi anaknya yang menetap di Selangor," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu, Pegawai Kanan (PBK) II Jamian Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan penyelamatan seorang mangsa terkunci di dalam rumah kira-kira jam 8.45 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pihak bomba terpaksa memecahkan pintu rumah dan menemui mangsa yang dipercayai terjatuh di dalam bilik air.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan operasi yang disertai lima anggota tamat jam 11.39 pagi," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!