UiTM Vendetta pamer belang

No Image Caption
A
A
A

UITM Vendetta membuktikan status sebagai antara pasukan e-sukan yang perlu digeruni apabila menjuarai pusingan Kelayakan Cyberathlete Collegiate Mobile Legends, pada 17 dan 18 Julai lalu.

Kejuaraan anjuran E-Star Nation diraih setelah UiTM Vendetta membenam cabaran UKM Nero 3 - 1 dalam perlawanan akhir.

UiTM Vendetta diwakili Muhammad Nabil Japri, Muhammad Badrun Ahmad Puad, Danish Haziq Azrul Yussaini, Akmal Hakim Mohd Hisham, Muhammad Zafri Che Moh Zulkifli, Muhammad Harith Tajul Urus, dan Muhammad Iman Md Amin.

Pada peringkat separuh akhir sebelum itu, UiTM Vendetta menjinakkan UTeM Mafia 2-1 manakala UKM Nero pula menewaskan UiTM Royale, 2-0 dalam satu lagi perlawanan.

Kejayaan menjulang kejuaraan tersebut membolehkan UiTM Vendetta mewakili Malaysia ke 16 Teams Regional Tryout pada 7 hingga 21 Ogos depan.

Untuk rekod, sebanyak tujuh pasukan menyertai kejohanan edisi kali ini iaitu UiTM Vendetta, UiTM Royale, UniMAP Titanz, UKM Aero, UniKL Koala, UTeM Mafia dan UMS RXN.

Dalam pada itu, UiTM Royale pelapis kepada UiTM Vendetta mengakhiri saingan pada kedudukan keempat terbaik selepas tewas tipis 1-2 kepada UTeM Mafia dalam aksi penentuan tempat ketiga keempat.

Artikel Berkaitan: