Pemancing jumpa mayat terapung

Mayat tanpa identiti ditemui terapung pada jarak 5.4 batu nautika barat daya Pulau Rebak Besar, Langkawi, pada Ahad.
Mayat tanpa identiti ditemui terapung pada jarak 5.4 batu nautika barat daya Pulau Rebak Besar, Langkawi, pada Ahad.
A
A
A

LANGKAWI – Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung oleh pemancing berdekatan Pulau Rebak Besar, Langkawi pada Ahad.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim) Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pemancing terbabit membuat aduan kepada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi.

Katanya, pihaknya menghantar bot ronda Maritim Penggalang 11 ke lokasi dilaporkan yang terletak pada jarak 5.4 batu nautika barat daya Pulau Rebak Besar.

"Mayat mangsa ditemui sekitar jam lebih kurang 12.30 tengah hari dengan lengkap berseluar panjang hitam serta berbaju t-shirt merah. Bagaimanapun tiada sebarang identiti ditemui bersamanya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke jeti Bukit Malut, Langkawi dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini MRSC Langkawi belum menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut di kawasan perairan Langkawi," katanya.

Artikel Berkaitan: