Boavista 'rekrut' Bruno Fernandes

Fernandes memegang jersi Boavista.
Fernandes memegang jersi Boavista.
A
A
A

KELAB Portugal, Boavista mencipta kejutan apabila memuat naik video dan gambar pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes sedang berlatih bersama pasukan itu.

Malah, kelab itu juga turut memuat naik gambar Fernandes memegang jersi dengan nama dan nombor milik pemain itu sama seperti cara mengumumkan pemain baharu menyertai kelab tersebut.

Pengurus Manchester United telah memberikan cuti panjang kepada pemain yang terlibat dengan Euro 2020, namun Fernandes membuat keputusan untuk memendekkan tempoh cutinya dan berlatih bersama kelabnya ketika kecil itu.

Namun, Fernandes sebenarnya hanya tumpang berlatih di kelab negara kelahirannya itu selepas berakhirnya Euro 2020 baru-baru ini.

Pemain berusia 26 tahun itu gagal menampilkan impak ketika saingan Euro dan hanya membuat penampilan dalam tempoh 206 minit bersama Portugal selain gagal menjaringkan sebarang gol.

Ia sekali gus menimbulkan andaian Fernandes tidak berada pada tahap terbaik dan menjadi alasan mengapa dia memendekkan waktu cutinya dan berlatih bersama Boavista.

Boavista dalam video pendek yang dimuat naik dalam laman facebook rasmi mereka turut menyatakan Fernandes akan kembali pada prestasi terbaik selepas latihan bersama kelab tersebut.

"Jangan risau Manchester United, Fernandes akan kembali dengan prestasi lebih baik lagi," katanya.

Artikel Berkaitan: