X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 17 Oktober 2021

Covid-19: Menteri Kesihatan UK disahkan positif

Javid.- Gambar fail
A
A

MENTERI Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid disahkan positif Covid-19.

Beliau yang bertanggungjawab atas pengurusan Covid-19 di negara itu kini menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian saringan kedua.

Menerusi video yang dikongsi di Twitter rasminya, Javid memaklumkan sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

Jelasnya, ketika ini, simptom yang dialami adalah gejala ringan.

Justeru beliau menggesa agar rakyat Britain yang masih belum menerima suntikan vaksin untuk segera mendapatkannya.

Vaksin jelas beliau mampu melindungi rakyat secara keseluruhannya selain meringankan beban sistem kesihatan awam.

Javid sebelum ini mengambil alih tugas tersebut daripada Matt Hancock yang meletak jawatan gara-gara melanggar sop yang ditetapkan. - Awani

Covid-19: Menteri Kesihatan UK disahkan positif


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!