Selangor 2 bangkit ikat Sarawak United di Manjung

Antara aksi menarik pertemuan Selangor FC 2 menentang Sarawak United di Stadium Manjung pada Sabtu. - Foto Selangor FC
Antara aksi menarik pertemuan Selangor FC 2 menentang Sarawak United di Stadium Manjung pada Sabtu. - Foto Selangor FC
A
A
A

JARINGAN penalti pemain import Selangor 2, George Attram pada babak kedua perlawanan, berjaya menafikan peluang Sarawak United untuk mengukuhkan cengkaman di takhta Liga Premier, selepas terikat 1-1 pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Sabtu.

Sarawak United terlebih dahulu berada di hadapan, selepas penyerang import Uche Agba, yang mendapat kuisan dari Lee Changhoon, dengan mudah menolak masuk bola ke gawang Selangor 2, pada minit ketiga masa kecederaan, separuh masa pertama.

Namun, tuan rumah hanya mengambil masa empat minit untuk menyamakan kedudukan sebaik sahaja babak kedua perlawanan bersambung, apabila Attram dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan pengadil, selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Sarawak United, Muhammad Zahril Azri Zabri.

Sarawak United kini mengumpul 24 mata, hanya dipisahkan dua mata oleh pasukan di tangga kedua iaitu Negeri Sembilan dengan 22 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Artikel Berkaitan: