Pegawai khas ADUN bebas jaminan SPRM

Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Ipoh diiringi Pegawai SPRM pada jam 10.30 pagi pada Sabtu.
Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Ipoh diiringi Pegawai SPRM pada jam 10.30 pagi pada Sabtu.
A
A
A

IPOH - Pegawai khas kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Sabtu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Nurfarah Syahidah Mohd Noh mengeluarkan perintah tersebut di Mahkamah Majistret Ipoh selepas lelaki berusia 57 tahun itu direman selama lima hari bermula 13 Julai lepas.

Beliau membenarkan lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin selepas melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah itu.

Lelaki berkenaan ditahan pada 12 Julai lalu di Pejabat SPRM Taiping ketika hadir memberi keterangan jam lebih kurang 3.30 petang.

Siasatan awal SPRM mendapati, suspek menyalahgunakan jawatan dan kedudukannya selaku ahli lembaga sebuah koperasi pertanian dengan mencadangkan dan melantik syarikat miliknya sendiri bagi mendapatkan projek ternakan ikan.

Projek berkenaan dibangunkan di atas tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) seluas 80.937 hektar di sebuah kawasan di Daerah Kerian yang telah dipajakkan kepada koperasi pertanian.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Hari ini (Sabtu), suspek telah dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan reman selama lima hari," katanya.