Peka terus perjuang isu orang asli Gerik

Suasana perkampungan Orang Asli Tasik Cunex di Gerik, Perak yang kini sedang berdepan konflik akibat aktiviti pembalakan berhampiran penempatan itu
Suasana perkampungan Orang Asli Tasik Cunex di Gerik, Perak yang kini sedang berdepan konflik akibat aktiviti pembalakan berhampiran penempatan itu
A
A
A

Pertubuhan Perlindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) akan terus membantu dan memperjuangkan nasib orang asli di Hulu Perak, Gerik yang terjejas akibat kemusnahan hutan berikutan aktiviti pembalakan sejak 18 Januari lalu.

Presiden Peka, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, pihaknya akan membantu sehingga isu berkenaan selesai dan memberi manfaat kepada masyarakat orang asli dari suku Temiar itu.

SHARIFFA SABRINA
SHARIFFA SABRINA

"Sepatutnya Kerajaan Negeri Perak tidak melakukan pembalakan dalam kawasan penempatan orang asli walaupun ia didakwa sebagai hutan simpan atau pengeluaran kerana orang asli adalah penjaga hutan.

"Secara tidak langsung juga, pemeliharaan serta pemuliharaan hutan sebagai khazanah alam terjamin kekal jika tidak dilakukan pembalakan," katanya.

Selasa lalu, wakil Peka Norhayati Shahrom bersama media membuat tinjauan ke Kampung Tasik Cunex untuk melihat sejauh mana kemusnahan hutan yang telah berlaku hingga menjejaskan penempatan serta aktiviti kehidupan orang asli di situ.

Wartawan Sinar Harian yang turut menyertai lawatan itu mendapati, kerja-kerja pembalakan sedang dilakukan dan kelihatan banyak kayu balak sudah dihimpun selain beberapa kawasan sudah digondolkan.

Wakil Peka Norhayati Shahrom bersama media membuat tinjauan ke Kampung Tasik Cunex untuk melihat sejauh mana kemusnahan hutan yang telah berlaku hingga menjejaskan penempatan serta aktiviti kehidupan orang asli di situ, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu kata Shariffa Sabrina, Peka menggesa Kerajaan Persekutuan bertindak segera mengambil tindakan wajar terhadap kerajaan negeri melalui undang-undang sedia ada sekiranya wujud elemen penindasan terhadap orang asli atau dalam erti kata lain, aktiviti itu memberikan impak buruk terhadap orang asli di situ termasuk dari segi bencana alam.

"Pembalakan secara berterusan mengakibatkan kemusnahan habitat dan tumbuhan hutan yang menjadi sumber kehidupan orang asli sejak turun temurun.

"Hutanlah pasar raya mereka untuk mendapatkan sumber lauk dan makanan, hutanlah sumber ubat-ubatan mereka dari pelbagai herba serta tumbuhan hutan. Hutanlah pencarian mereka untuk mendapatkan pendapatan (wang) dan hutan juga sumber air mereka. Jika dimusnahkan kawasan sekitar hutan berhampiran penempatan mereka, bermakna sumber kehidupan mereka juga terjejas," katanya.

Suasana perkampungan Orang Asli Tasik Cunex yang aman damai dan penuh budaya tersendiri adakah mampu dipertahankan lantaran jika aktiviti pembalakan diteruskan berhampiran penempatan mereka
Suasana perkampungan Orang Asli Tasik Cunex yang aman damai dan penuh budaya tersendiri adakah mampu dipertahankan lantaran jika aktiviti pembalakan diteruskan berhampiran penempatan mereka

ARTIKEL BERKAITAN
:Mengapa orang asli marah pembalakan di Gerik, Perak?

ARTIKEL BERKAITAN:Kerajaan Perak tunjuklah mana tanah adat kami!

ARTIKEL BERKAITAN:Orang asli: Suhakam minta Perak cari kaedah lain jana hasil

ARTIKEL BERKAITAN:Kubur nenek moyang musnah

ARTIKEL BERKAITAN:Hentikan segera pembalakan di Gerik

ARTIKEL BERKAITAN:Isu balak: Penduduk kecewa pemetaan sendiri dinafikan