Suri rumah perlu RM30,000 untuk pembedahan tulang

Rosmawati memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi menjalani pembedahan kanser tulang dihidapinya.
Rosmawati memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi menjalani pembedahan kanser tulang dihidapinya.
A
A
A

BANGI - Seorang suri rumah yang menderita kanser tulang memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahannya.

Rosmawati Mohd Tamilin, 45, berkata, pembedahan itu dijangka bakal dijalaninya pada bulan Mei ini.

Menurutnya, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan tidak mampu membiayai rawatan berkenaan.

Menceritakan sejarah penyakit dihidapi, Rosmawati yang kini sukar bergerak dan perlu bergantung kepada tongkat untuk berjalan berkata, sebelum ini dia pernah menghidap kanser payu dara.

“Saya jalani pembedahan membuang ketumbuhan pada tahun 2011, selepas itu kehidupan normal hinggalah saya mula sakit di bahagian tulang belakang, tahun lalu.

“Saya hanya tahu kanser sebelum ini berjangkit ke tulang lepas buat pemeriksaan di hospital,” katanya.

Rosmawati kini sukar bergerak selepas menghidapi ksanser tulang.
Rosmawati kini sukar bergerak selepas menghidapi ksanser tulang.

Rosmawati yang menetap di Bukit Mahkota, Bangi berkata, keadaan itu menyebabkan tulangnya menjadi nipis dan dia sukar berjalan seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Dia kemudian mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) selama sebulan pada Januari lalu sebelum dibenarkan pulang dan perlu menjalani pembedahan pada Mei ini.

“Doktor beritahu saya perlu jalani pembedahan itu di Hospital Putrajaya dan anggaran keseluruhan kos hampir RM30,000.

“Saya dah suami, Mohd Syahrul Nizam Md Idris, 43, memang tak mampu tanggung kos itu apatah lagi perlu tanggung tiga daripada enam anak yang masih bersekolah,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi nombor akaun bank Bank Simpanan Nasional 010541000042055 atau menghubungi Rosmawati ditalian 0182153133.