Lelaki lapor polis tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD

Beh Eng Lai
Beh Eng Lai
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati kerana tidak dibenarkan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk membawa isterinya mendapatkan rawatan kesihatan pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, hasil semakan mendapati lelaki berusia 30 tahun itu telah memohon kebenaran untuk keluar dari kawasan PKPD bagi tujuan rawatan isterinya yang sedang hamil pada 6 Julai lalu.

Menurut beliau, lelaki tersebut dinasihatkan oleh anggota polis yang bertugas untuk merujuk kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kawasan PKPD tersebut dan dibenarkan keluar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Eng Lai berkata, susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh pengadu, siasatan yang terperinci dijalankan dan tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak polis.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang perkara maklumat yang tidak sahih dan boleh menimbulkan kegusaran masyarakat.

"Kita juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama masyarakat dalam usaha membendung jangkitan Covid-19," katanya melalui kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan: