X

Kindly register in order to view this article
!

Kes Covid-19 makin teruk cerminan kegagalan PN: Ahmad Zahid

Zahid Hamidi
A
A

SHAH ALAM - UMNO mendakwa peningkatan jumlah jangkitan kes Covid-19 yang semakin teruk merupakan cerminan kegagalan ketua kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menguruskan pandemik tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa isu kerajaan gagal semakin kerap diperkatakan dan tidak terkawal berikutan Parlimen tidak bersidang.

“Jentera siber kata kes Covid-19 makin tinggi maka sebab ini Parlimen tidak boleh bersidang.

“Pendukung bunga kata kes Covid-19 makin teruk maka sebab itu Perdana Menteri perlu dipertahan.

“Pendukung bunga dan jentera siber upahan kata jangan main politik pada waktu pandemik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Baru-baru ini, media melaporkan Ahmad Zahid mengumumkan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditamatkan serta merta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tujuh kegagalan kerajaan yang digariskan sebagai syarat utama sokongan UMNO terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Selain itu, kenyataan tersebut juga sebagai mengulas laporan kes baharu harian kes Covid-19 pada Selasa yang mencatatkan sebanyak 11,079 kes iaitu tertinggi sejak Malaysia dilanda wabak itu.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, satu-satunya pencapaian terbaik kerajaan PN adalah berjaya membeli kontena untuk menyimpan mayat.

“Sebenarnya kita tidak pasti pun sama ada itu wajar dianggap sebagai pencapaian.

“Tetapi seperti biasa pendukung bunga dan jentera siber mereka berusaha memanipulasi fakta,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!