67 premis termasuk kilang ingkar SOP diarah tutup

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 67 lagi premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan, diarah tutup pada Isnin kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu adalah hasil pemeriksaan ke atas 2,285 buah kilang; 16,822 premis perniagaan; 1,015 tapak pembinaan dan 456 buah asrama penempatan pekerja.

“Seperti yang diumumkan sebelum ini, kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh, dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang diwartakan,” katanya dalam kenyataan perkembangan situasi Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Selasa.

Sementara itu, 416 individu lagi ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu seramai 372 individu dikompaun, manakala 44 lagi direman pada Isnin.

Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan/minum di premis sebanyak 97 kes; tiada penjarakan fizikal (35); gagal mendaftar masuk premis (74); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (43); membawa penumpang berlebihan (39); tidak memakai pelitup muka (58); premis gagal patuhi arahan (enam) dan lain-lain kesalahan sebanyak 64. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: