Operasi tebang pokok durian dijangka selesai lebih awal

Antara pokok durian yang selesai ditebang dalam operasi yang bermula sejak 3 Julai lalu.
Antara pokok durian yang selesai ditebang dalam operasi yang bermula sejak 3 Julai lalu.
A
A
A

KUANTAN - Operasi menebang pokok durian yang ditanam secara haram dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam di sini dijangka selesai lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Ia berikutan hampir semua daripada kira-kira 15,000 pokok durian musang king dalam kawasan hutan tersebut sudah selesai ditebang setakat ini.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasa) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Nor Azirim Ahmad berkata, perkembangan tersebut merupakan di luar jangkaan pihaknya.

Berdasarkan jadual asal, katanya,operasi berkenaan akan selesai dalam tempoh sebulan.

"Kejayaan tersebut didorong oleh beberapa faktor termasuk kemahiran tinggi dimiliki kakitangan JPNP yang terlibat dalam kerja-kerja menebang selain bilangan mereka yang terlibat adalah ramai.

"Kerjasama erat antara kakitangan JPNP dengan Unit Penguatkuasa Negeri Pahang (UPNP) turut menjadi faktor kelancaran operasi ini," katanya di sini pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: 16.4 hektar kebun durian haram dimusnahkan JPNP

Operasi di Hutan Simpan Batu Talam tenang, terkawal

Artikel Berkaitan:

Nor Azirim berkata, kerja-kerja membersihkan kawasan bagi kerja penanaman pokok hutan akan segera dilakukan selepas aktiviti menebang pokok durian tersebut selesai.

"Aktiviti menanam pokok hutan itu akan dilakukan segera secara berperingkat membabitkan lebih 20,000 anak pokok hutan yang sudah dikenal pasti.

"Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Rotan Tunggal di sini bertanggungjawab sepenuhnya dalam kerja menanam pokok itu dengan dibantu kakitangan JPNP daerah lain," jelas beliau.