Dua kapal berlanggar di perairan Muar

Kapal kargo MV Zephyr Lumos dan kapal tangki MV Galapagos berlanggar di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya kuala Sungai Muar. - Foto FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Kapal kargo MV Zephyr Lumos dan kapal tangki MV Galapagos berlanggar di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya kuala Sungai Muar. - Foto FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah kapal tangki dan sebuah kapal kargo berlanggar di kedudukan 14.1 batu nautika barat daya kuala Sungai Muar, tengah malam Sabtu.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim, Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai isyarat kecemasan dari kapal kargo MV Zephyr Lumos dan kapal tangki MV Galapagos menerusi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Pekan Baru, Indonesia pada jam 12.30 tengah malam Sabtu.

Menurut beliau, sejurus menerima maklumat, pihaknya telah menggerakkan aset bagi mendapatkan gambaran kejadian.

Punca kejadian dan jumlah kru terlibat masih disiasat. - Foto FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Punca kejadian dan jumlah kru terlibat masih disiasat. - Foto FB Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

"Hasil pemerhatian dan pemantauan di lokasi kejadian, disyaki kapal MV Zephyr Lumos telah terlanggar sisi kanan kapal MV Galapagos.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian dan jumlah kru terlibat masih disiasat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, pihak Jabatan Laut Wilayah Selatan dan Jabatan Alam Sekitar negeri Johor juga telah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan untuk tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan: